Keadaan mula berubah: Pekerja produktif yang bersara awal berisiko nyanyuk & murung?

Walupun mungkin ramai yang ingin bersara awal dan bersama keluarga di usia emas, kajian mendapati pekerja produktif yang bersara awal berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit nyanyuk dan kemurungan.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu diberitahu oleh pakar psikologi pekerjaan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mohd Awang Idris yang berkata generasi hari ini telah berbeza dengan generasi sebelumnya bila mana majoritinya menggunakan pemikiran dan bukannya fizikal lagi.

Hal ini membuatkan mereka yang berusia sehingga 65 tahun masih layak bekerja, kerana usia itu tidaklah terlalu tua jika ingin dibandingkan dengan jangka hayat rakyat negara ini yang sudah meningkat.

Tambahnya lagi, risiko nyanyuk dan kemurungan akan menjadi masalah kesihatan di Malaysia jika tidak diatasi dan akan membebankan negara dengan pengurusan kos mendapatkan rawatan serta perubatan yang lebih tinggi.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa seseorang pekerja itu diambil bukanlah kerana faktor usia, tetapi lebih kepada kompetensi dan meritnya.

“Kita ambil contoh di negara Barat apabila ramai orang yang sudah berusia lanjut masih bekerja namun jumlah bayaran yang diterima adalah separuh daripada yang pernah mereka dapat dan waktu mereka bekerja juga singkat.

“Jadi kepakaran yang ada dalam golongan ini akan terus digunakan dan mereka tidak merasakan diri mereka ini tidak berguna lagi serta lebih dihargai. Saya fikir adalah pendekatan yang terbaik yang boleh dilaksanakan di Malaysia.” – Katanya, petikan dari Sinar Harian.

Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Memetik laporan New Straits Times pada 11 April lalu, Dr Awang turut mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula usia persaraan, yang ketika ini pada tingkat 60 tahun.

Bagaimapun, beliau berkata pertimbangan itu juga harus melihat peluang pekerjaan di kalangan generasi muda yang ketika ini berdepan kekurangan pekerjaan.

“Walaupun warga emas diizinkan bekerja setelah usia persaraan, mereka boleh diizinkan bekerja selama beberapa jam dalam seminggu, misalnya. Masyarakat yang semakin tua menjadi perhatian bukan hanya di Malaysia, tetapi banyak negara di dunia.” – Katanya, petikan dari New Straits Times.

Sehingga Disember tahun lalu, sekitar 3.7 juta warga emas direkodkan di seluruh negara dengan lebih tujuh peratus populasi Malaysia adalah mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Pakar menjangkakan jumlah itu akan meningkat kepada 14 peratus pada 2044 dan 20 peratus pada 2056.

Sumber: Sinar Harian & New Straits Times.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…
Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Akhirnya penantian ramai pihak terjawab, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah pun mengumumkan…