KEJORA buka pelbagai kekosongan jawatan: Minima SPM boleh memohon, gaji sehingga RM9,546

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) adalah sebuah agensi kemajuan wilayah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Wilayah KEJORA di Johor Tenggara merangkumi kawasan seluas 151,231 hektar Wilayah Semenanjung Pengerang dan 149,919 hektar Wilayah Johor Tengah.

Objektif penubuhan KEJORA juga berdasarkan tiga objektif “Dasar Ekonomi Baru” iaitu mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Johor Tenggara.

Selaras dengan itu, kini KEJORA telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pembantu Kemahiran – Gred H19
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) – Gred N19
  3. Penolong Pegawai Rancangan Tanah – Gred G29
  4. Penolong Pegawai Pertanian – Gred G29
  5. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa – Gred JA29
  6. Penolong Jurutera Gred – JA29
  7. Penolong Pegawai Tadbir – Gred N29
  8. Pegawai Pertanian – Gred G41
  9. Pegawai Tadbir Gred – N41

 

Syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan khusus jawatan.

Calon juga dikehendaki mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Kepada yang berminat, syarat kelayakan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI dan yang ingin memohon pula, permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman: e-Perjawatan.

Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga, manakala bagi mereka yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi Pn. Hjh. Fauziah Ahmad atau Pn Siti Aryati Mad Arip di talian: 07-8843000.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 APRIL 2021 (Selasa). 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…