KEJORA buka pelbagai kekosongan jawatan terkini ~ Gaji dari RM1,600 hingga RM2,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada Rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
    • Taraf Jawatan: Short Term Employment Program (Mystep)
    • Tempoh Perkhidmatan: Sehingga 31 Disember 2021
    • Jadual Gaji: RM2,000 (*upah termasuk caruman pekerja untuk KWSP & PERKESO)
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
    • Taraf Jawatan: Short Term Employment Program (Mystep)
    • Tempoh Perkhidmatan: Sehingga 31 Disember 2021
    • Jadual Gaji: RM1,600 (*upah termasuk caruman pekerja untuk KWSP & PERKESO)

Syarat-syarat Kelayakan

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Ijazah dalam bidang Sains Komputer (Multimedia) atau Teknologi Maklumat (Multimedia) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya dalam Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di eperjawatan KEJORA – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Manakala, permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 19 OKTOBER 2021 (SELASA). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…