Kekosongan jawatan dibuka di TEKUN Nasional ~ Minima SPM, terbuka di pelbagai lokasi

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, TEKUN Nasional (AR RAHNU TEKUN) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENAKSIR AR RAHNU TEKUN NASIONAL

Cawangan: Kelantan, Terengganu & Lembah Klang

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun hingga 30 tahun;
  • Berkelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma (wajib kredit Bahasa Melayu);
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam berkhidmatan pelanggan;
  • Lepasan graduan sangat digalakkan memohon;
  • Mempunyai lesen memandu Kelas B2 atau D;
  • Boleh bekerjasama dengan individu dan kumpulan;
  • Berpenampilan menarik dan kemas.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan memenuhi kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume lengkap dan salinan sijil (berkaitan), dalam bentuk PDF ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 19 OKTOBER 2021 (SELASA). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…