Pusat Kembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab mempromosi dan menguruskan program akademik di universiti berkenaan. Bagi melancarkan lagi perjalanan jabatan ini, pihak Pusat Kembangan Pendidikan UKM kini sedang mencari calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan pentadbiran di UKM.
Berikut adalah kekosongan dan syarat kelayakan jawatan:
- Pegawai Tadbir – Gaji: RM2,980 – RM3,655
- Memiliki sekurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran, IT atau bidang yang berkaitan.
- Mampu bekerja dalam tempoh yang ketat dan di bawah tekanan.
- Calon dengan pengetahuan IT dan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik lebih digalakkan.
- Berupaya untuk menyediakan dan mentafsirkan carta alir, jadual dan rancangan tindakan secara langkah demi langkah.
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi/Kewangan) – Gaji: RM1,352 – RM1,652
- Memiliki sekurangnya tahap pendidikan Sekolah Rendah/Menengah/SPM/”O”, Sijil Profesional dalam apa saja bidang.
- Sekurangnya setahun pengalaman bekerja.
- Pengetahuan dalam Microsoft Office, Akaun dan Sistem Kewangan.
- Mampu bekerja pada hujung minggu dan melakukan perjalanan apabila diperlukan.
Untuk maklumat lebih terperinci, calon boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut. Manakala bagi calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan untuk Pegawai Pentadbir boleh dibuat di LAMAN INI dan Pembantu Tadbir DI SINI.
__________
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021