Kekosongan jawatan terkini di PKB ~ Gaji RM2,820 – RM9,585, tarikh tutup 24 Sept 2021

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

AKAUNTAN (WA41)

  • Gaji: RM2,820 – RM9,585
  • Penempatan: Bahagian Pengurusan & Komunikasi Korporat (Seksyen Kewangan)
  • Taraf jawatan: Tetap

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Bidang Tugas

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan Perbadanan Kampong Bharu, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi perbendaharaan dan yang berkaitan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan dengan menghantar resume, gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil-Sijil Akademik yang disahkan ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 24 September 2021. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…