Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PEMBANTU OPERASI – GRED N11
- Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kekosongan: 7
- Gaji: RM1,216 – RM2,983
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia, khususnya warga Negeri Pahang;
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)];
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai keterampilan yang baik;
- Mempunyai bakat dan semangat yang tinggi dalam bekerja;
- Mempunyai bakat kepimpinan;
- Mempunyai jati diri cemerlang;
- Mempunyai kelayakan yang sesuai dengan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh di buat secara atas talian di Portal SPA Pahang – DI SINI.
Calon dikehendaki untuk memberikan maklumat yang tepat dan benar ketika mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 13 OKTOBER 2021 (RABU), 11:59 MALAM.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.