Kekosongan jawatan terkini dibuka di MARDI ~ Gaji dari RM2,080 hingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI TADBIR – GRED N41

  • Klasifikasi: Pentadbiran & Sokongan
  • Kumpulan: Pengurusan & Profesional
  • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak (Contract of Service)
  • Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
    • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
      yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan Tugas

Merancang, menggubal dan melaksana dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, pentadbiran, perundangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan keselamatan, pengurusan teknologi maklumat serta memberi khidmat pakar runding seni reka dan pengurusan perpustakaan/penerbitan.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi kelayakan dan berminat, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Permohonan juga hendaklah diisi dengan lengkap, disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (gambar swafoto/selfie tidak dibenarkan).

Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

Dimaklumkan bahawa, hanya calon yang telah lengkap divaksinasi sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan ini.

Tarikh tutup permohonan pada 12 NOVEMBER 2021. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…