Kementerian Kesihatan Malaysia buka lebih 4,000 kekosongan jawatan: Gaji sehingga RM10,560

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI PERUBATAN – GRED UD43
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Gaji: RM3,611 – RM10,560
  2. PEGAWAI PERGIGIAN – GRED UG41
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Gaji: RM2,844 – RM9,656
  3. PEGAWAI FARMASI – GRED UF41
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Gaji: RM2,740 – RM9,656

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Untuk senarai kelayakan setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan kekosongan jawatan boleh dilihat – DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 15 MAC 2022, SELASA (11.59 MALAM).

 

ARTIKEL BERKAITAN

UKM buka banyak tawaran jawatan kosong sesi Oktober 2023: Senarai jawatan & cara memohon

UKM buka banyak tawaran jawatan kosong sesi Oktober 2023: Senarai jawatan & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BMT RM800 mula disalurkan bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Bantuan BMT RM800 mula disalurkan bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan e-Dompet RM300 untuk B40 setiap bulan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Bantuan e-Dompet RM300 untuk B40 setiap bulan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…