Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Luar Negeri Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PEGAWAI KEWANGAN
- Pengambilan: Personel MySTEP
- Tempoh Lantikan: Setahun (bermula April 2022)
- Penempatan: Kementerian Luar Negeri, Putrajaya
- Gaji: RM1,800/sebulan
MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Mempunyai kelayakan akademik sekurangnya Diploma atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM);
- Calon yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kewangan dan perakaunan adalah digalakkan memohon;
- Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam menguruskan data dalam MS Office Excel, MS Word, MS Power Point dan pengurusan data;
- Mempunyai pengurusan masa yang baik dan berupaya menguruskan tugasan mengikut keutamaan;
- Mampu bekerja secara berpasukan dan disiplin dalam setiap arahan yang diberikan dari semasa ke semasa;
- Bersedia untuk bekerja lebih masa dan di luar waktu kerja biasa; dan
- Calon Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berkelayakan adalah dialu-alukan.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar permohonan rasmi berserta resume dan dokumen-dokumen sokongan ke alamat e-mel: [email protected].
Tajuk e-mel hendaklah dinyatakan: “PERMOHONAN MySTEP CBT KLN”.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga secara dalam talian.
Tarikh tutup permohonan pada 17 MAC 2022, KHAMIS.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.