Pada 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu sebagai Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Menjelang Julai 2018, ia sekali lagi dinamakan semula dan sehingga kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Dasar utama kementerian ini adalah bagi memacu sektor pelancongan dan kebudayaan yang berdaya saing dan lestari demi pembangunan sosio-ekonomi negara. Selaras dengan usahanya itu, kini MOTAC telah membuka kekosongan jawatan di bawah Program Kerja Jangka Pendek (MySTEP).
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi jawatan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki sekurangnya Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Fungsi bidang tugas dan keperluan jawatan adalah:
- Mempunyai kemahiran di dalam MySQL Query, MS Access, Perisian Automasi Pejabat, Windows Remote Access (LAN & WAN) dan data processing.
- Mempunyai kemahiran dalam video editing menggunakan Adobe Software.
- Melaksanakan kerja-kerja pengumpulan data (data collection), pembersihan data (data cleaning) dan verifikasi data (data verification) sahaja.
- Mengenal pasti setiap rekod data Pelesenan daripada Pejabat MOTAC Negeri sahih dan terkini.
- Mengemukakan laporan verifikasi data yang telah diluluskan oleh Pejabat MOTAC Negeri kepada Bahagian Pelesenan Pelancongan mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Membuat kuiri dalam pengkalan data sistem untuk tujuan pengemaskinian.
- Membantu dalam proses penyediaan data untuk dimigrasi ke sistem yang baharu.
Cara memohon:
Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian dengan menghantar resume, sijil dan gambar berukuran pasport kepada alamat e-mel: [email protected]
E-mel yang dihantar hendaklah selewat-lewatnya pada 18 APRIL 2021 (Ahad).
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Bagi yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas sebulan permohonan ditutup hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021