Kementerian Pembangunan Luar Bandar buka kekosongan jawatan terkini ~ Gaji RM1,800/bulan

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini sedang membuka kekosongan jawatan di bawah Short Term Employment Program (MySTEP) bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di Bahagian Pengurusan Maklumat KPLB adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Pengaturcara Sistem (Programmer)

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Mystep
  • Kadar Upah: RM1,800/bulan
  • Tempoh: 6 Bulan (Julai 2021 hingga Disember 2021)

 

Syarat-syarat kelayakan

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) atau Sains Komputer atau Kejuruteraan Perisian atau setara.
  • Berkebolehan dan berkemahiran dalam membangunkan aplikasi menggunakan PHP, Java Script.
  • Berkebolehan dan berkemahiran dalam membangunkan aplikasi menggunakan MySQL dan pangkalan data yang setara.

 

Kemudahan yang disediakan

  • Cuti Rehat:
    • 12 hari setahun. Dikira secara purata (pro-rate) berdasarkan tempoh kontrak
  • Cuti Sakit:
    • 14 hari setahun. Dikira secara purata (pro-rate) berdasarkan tempoh kontrak
  • Perlindungan Sosial:
    • Caruman KWSP dan PERKESO

 

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan rasmi boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan menghantar surat permohonan, resume terkini dan dokumen-dokumen berkaitan melalui e-mel kepada: [email protected] atau [email protected].

Jika terdapat sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan kepada Pn. Rita Azwanie Roslan melalui No. Tel Pejabat: 03-8891 5878/Tel. bimbit: 019-9241900 atau e-mel: [email protected].

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 JUN 2021 (Jumaat). 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…