Kementerian Pendidikan Malaysia buka kekosongan terkini ~ Minima SPM, Gaji RM1,600

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) KPM itu adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU TADBIR – GRED N19

  • Pengambilan: PERSONEL MySTEP
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Kadar upah: RM 1,600/bulan
  • Tempoh lantikan: Sehingga 31/12/2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kuranngya Gred C) dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Keutamaan kepada yang memiliki pengalaman dan kemahiran dalam bidang ICT.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan dan resume ke alamat e-mel: [email protected] atau [email protected] dengan tajuk e-mel: PERMOHONAN MySTEP.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Iklan rasmi kekosongan jawatan boleh rujuk DI SINI.

Tarikh tutup permohonan pada 31 OGOS 2021 (SELASA). 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…