Kementerian Pendidikan Malaysia buka pengambilan jawatan terkini: Tawaran gaji RM1,800/sebulan

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – PPTM (FA29)

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Tempoh: Mac 2022 – Disember 2022
  • Gaji: RM1,800/sebulan
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelulusan minima Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
  • Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;
  • Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri;
  • Bertanggungjawab dan berdisiplin.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon) dan salinan sijil SPM serta Diploma /Ijazah /setaraf ke alamat:

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1,2,5-13 BLOK E11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia Sektor Pengurusan)

Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda ‘Personel MySTEP – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)’ di sebelah kiri atas sampul.

Atau boleh juga dihantar ke alamat e-mel: [email protected] / [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 11 APRIL 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…