Kementerian perkenal Latihan Kemahiran Pertanian. Dapat elaun RM300 setiap bulan

Selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah memperkenal Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK). Program ini dilaksanakan untuk melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing. Ia juga menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Melalui program ini, terdapat beberapa pensijilan yang ditawarkan antaranya:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
  2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
  3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
  4. Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

 

Tempoh untuk setiap sijil pula adalah:

  1. Tahap 1 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
  2. Tahap 2 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
  3. Tahap 3 (Sijil) – 12 – 24 bulan (1,200 – 2,400 jam)
  4. Tahap 4 (Diploma) – 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI)

 

Melalui program ini, pelbagai bidang Latihan Kemahiran Pertanian ditawarkan, sesuai dengan tahap pensijilan. Antaranya termasuklah tanaman, pengeluaran padi, ternakan rumian, ternakan poltri, akuakultur marin, akuakultur air tawar, teknologi perikanan tangkapan, pemproses makanan dan pemasaran.

Berbakti pada tanah, kita akan dapat hasilnya. Gambar: Blog UMY Community.

Bagi mereka yang berminat, syarat pemohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau setaraf
  • Berumur 18-25 tahun
  • Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan

 

Program ini juga datang dengan beberapa insentif kepada pelatih:

  • Yuran pengajian percuma*
  • Elaun RM200 – RM300 sebulan
  • Penginapan disediakan
  • Makan dan minum disediakan

* Pelatih hanya perlu membayar RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.

Bagi maklumat lanjut program, mereka yang berminat boleh merujuk di laman rasmi kementerian (klik sini) dan permohonan juga boleh dibuat secara atas talian.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…