Kementerian Perpaduan Negara buka kekosongan jawatan ~ Tawaran gaji RM2,000/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

VIDEOGRAPHER / EDITOR

  • Pengambilan: Personel MySTEP
  • Gaji: RM2,000/sebulan
  • Tempoh: 2 – 3 bulan (Pelanjutan tempoh kontrak bagi tahun 2022 akan dipertimbangkan berdasarkan prestasi kerja)
  • Kemudahan: Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan caruman PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
  • Berkebolehan menggunakan perisian multimedia dan rekabentuk seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Premiere dan Adobe After Effect dan mengendalikan media sosial;
  • Mempunyai bakat, kebolehan, daya kreativiti dalam menghasilkan grafik dan video serta mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan videografi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume, gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon), salinan sijil SPM dan Ijazah/setaraf ke alamat:

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Unit Komunikasi Korporat
Aras 7, Blok F9, Kompleks F
Presint 1, Lebuh Perdana Timur
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. : Puan Norisah binti Mingun)
*setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda * Personel MySTEP – Videographer / Editor* di sebelah kiri atas sampul.

ATAU secara e-mel kepada: [email protected]

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup pemohonan adalah pada 25 OKTOBER 2021. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…