Kementerian Perpaduan Negara

Kementerian Perpaduan Negara tawar pengambilan jawatan kosong terkini: Gaji sehingga RM5,672

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan, Kementerian Perpaduan Negara kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan Kosong

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (GURU TABIKA) GRED S29

  • Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Bilangan Kekosongan: 4
  • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  • Elaun:
    • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM300
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM160
    • Bayaran Insentif Wilayah (BIW) RM261.27

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan kosong hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan JPNIN secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Gambar terkini (berukuran passport);
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan sijil kelahiran;
  • Salinan kelulusan akademik;
  • Resume;
  • Salinan sijil berhenti sekolah;
  • Salinan Lesen Memandu;
  • Sijil Lengkap Vaksinasi C-19 sebagai dokumen tambahan;
  • Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
NO. 4A-1, TINGKAT 4, BLOK 4,
KOMPLEKS UJANA KEWANGAN
87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 06 JANUARI 2023, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan jawatan dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…