Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan buka pengambilan di bawah MySTEP: Minima SPM layak memohon

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan ditubuhkan pada tahun 1964. Menjelang tahun 2018, Kementerian ini telah disusun semula dan mula dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan fungsi untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial serta penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan.

Ia juga berperanan dalam membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), selain menyediakan dasar khidmat nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Selaras dengan peranannya itu, Bahagian Akaun, KPKT kini telah membuka pengambilan kakitangan di bawah Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) bagi tahun 2021.

Berikut adalah maklumat jawatan berkenaan:

  • Kelayakan akademik:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Kadar upah:
    • RM1,600 sebulan (termasuk caruman KWSP dan PERKESO)
  • Kemudahan:
    • Cuti rehat
    • Cuti Sakit
    • Caruman KWSP dan PERKESO

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lengkap iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat dengan menghantar resume terkini ke alamat e-mel: [email protected] dengan tajuk e-mel PERMOHONAN PERSONEL MySTEP DI BAHAGIAN AKAUN.

Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Untuk permohonan yang tidak menerima sebarang panggilan atau jawapan selepas dua minggu dari tarikh akhir permohonan, bolehlah dianggap sebagai tidak berjaya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi Cik Nur Aina Shakila di talian: 03-8891 4620.

Tarikh tutup permohonan pada 30 APRIL 2021, Jumaat (12 tengah hari).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…