Kerajaan guna dana KWAN untuk beli vaksin: Kenapa bekas PM & ahli ekonomi mempersoalkannya?

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on pinterest
Share on email

Baru-baru ini, kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 (KWAN) yang membolehkan kerajaan menggunakan dana kumpulan wang itu untuk membeli vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.

Pewartaan itu sekaligus telah memasukkan subseksyen baharu ke dalam Seksyen 6, dengan membenarkan pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Untuk maklumat, Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) adalah sebuah tabung amanah yang diwujudkan pada tahun 1988 bagi memberi sumber pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah negara dan generasi akan datang apabila sumber minyak negara kehabisan nanti.

Malah, PETRONAS telah menjadi antara pihak yang secara spesifik membuat sumbangan ke dalam tabung ini, dan pada 2018, syarikat minyak itu telah menyumbang sebanyak RM100 juta. Setakat sehingga tahun 2018, saiz aset KWAN mencecah RM16.13 bilion.

Namun begitu, perkembangan ini telah menimbulkan persoalan di kalangan ramai pihak – termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, beliau tiada masalah sekiranya pindaan itu dibuat bagi tujuan vaksin Covid-19, tetapi ia telah menimbulkan keraguan tentang apa yang telah terjadi kepada peruntukan sebanyak RM3 bilion dalam belanjawan tahun 2021 yang diluluskan Parlimen pada tahun lalu.

Ini kerana, pihak kerajaan memberitahu bahawa peruntukan RM2 bilion sudah cukup untuk membeli vaksin bagi 83% penduduk Malaysia, manakala RM1 bilion pula diperlukan untuk kos penyimpanan dan pengagihan.

“Akan tetapi selepas darurat dilaksanakan PM8 (Muhyiddin Yassin) secara tiba-tiba telah naikkan peruntukan RM3 bilion ini sebanyak 66% kepada RM5 bilion dengan alasan mahu memendekkan tempoh pemberian vaksin sebanyak 2 bulan dari Februari 2022 ke akhir tahun 2021.

Kenapa pula perlu dana tambahan sebanyak RM2 bilion untuk pendekkan tempoh vaksin selama dua bulan sahaja?”- Najib Razak, petikan dari Facebook-nya.

Najib juga mempersoalkan tentang apa yang telah terjadi kepada peruntukan asal RM3 bilion sebelum ini, dana dari hasil penjualan aset negara, rizab-rizab tunai kerajaan lain seperti Khazanah Nasional dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta pinjaman baru kerajaan sebanyak RM75 bilion – sehinggakan dana KWAN perlu diambil.

Gambar: Focus Malaysia.

Mengulas tentang isu sama, pakar ekonomi Dr Nungsari Radhi juga tampil mempersoalkan tindakan kerajaan ini kerana baginya dana KWAN adalah untuk generasi masa depan dan pengeluarannya memerlukan kelulusan Parlimen.

Kerajaan menggunakan darurat untuk keluarkan dana tanpa kelulusan Parlimen. Peruntukan pembelian vaksin sudah diluluskan oleh Parlimen dalam Belanjawan 2021.

Kalau tak cukup, kemukakan bajet tambahan kepada Parlimen. Tetapi sekarang baru satu juta lebih sikit vaksin yang diberi,” – katanya, petikan dari Twitter beliau.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut mengulas hal sama, sambil membangkitkan fungsi Parlimen selepas kerajaan meluluskan penggunaan dana KWAN.

Baginya, dengan nilai harta KWAN sebanyak RM16.9 bilion setakat hujung tahun 2017, ia bukanlah sesuatu yang mudah digunakan begitu saja.

“Adakah nilai harta selumayan itu begitu mudah boleh diluluskan tanpa perlu melalui sebuah proses semak imbang di Parlimen?” – soalnya, petikan dari Sinar Harian.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian, Ekonomi Rakyat, Najib Razak & Dr Nungsari.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on pinterest
Share on email

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tambahan untuk setiap fasa Pelan Pemulihan Negara? Ini penjelasan Tengku Zafrul

Bantuan Tambahan untuk setiap fasa Pelan Pemulihan Negara? Ini penjelasan Tengku Zafrul

Dengan keadaan pandemik yang masih belum menunjukkan sebarang trend penurunan, ramai pihak yang semakin bimbang tentang kelangsungan hidup mereka khususnya…
Lebih 60,000 tandatangan telah terkumpul: Petisyen desak pengeluaran i-Sinar 2021 kini dilancarkan

Lebih 60,000 tandatangan telah terkumpul: Petisyen desak pengeluaran i-Sinar 2021 kini dilancarkan

Seperti mana yang semua sedia maklum, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu…
KWSP untung RM19.3 bilion: Najib cadang perkenal i-Sinar 2.0 & i-Lestari 2.0 pada kadar separuh

KWSP untung RM19.3 bilion: Najib cadang perkenal i-Sinar 2.0 & i-Lestari 2.0 pada kadar separuh

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memgumumkan keuntungan sebanyak RM19.3 bilion pada suku pertama 2021 dengan jumlah aset terkumpul…