Kerajaan nak semak semula gaji minima: Persekutuan Majikan-majikan minta tangguh 2 tahun lagi

Kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan melakukan semakan semula gaji minima bermula pada Februari 2022 nampaknya mendapat reaksi daripada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Menurut laporan Utusan Malaysia, MEF memohon supaya usaha itu ditangguhkan dan beranggapan status quo perlu dikekalkan bagi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi rentetan pandemik yang melanda.

Presidennya, Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman J.P juga merayu kepada kerajaan untuk tidak menambahkan beban majikan pada ketika ini kerana pandemik yang masih belum reda.

Menurutnya, walaupun MEF sedar ramai di kalangan rakyat yang terkesan dengan hambatan pandemik, para majikan juga sebenarnya tidak terlepas dari masalah sama.

Ia termasuklah terdapat majikan yang terpaksa mengambil langkah memberhentikan dan mengurangkan pekerja, selain memotong gaji 30 hingga 50 peratus.

“Pada tahun lepas sahaja, majikan telah menghadapi pelbagai cabaran sehingga menyebabkan lebih dari 32,000 syarikat ditutup.

Majoriti majikan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak dapat membayar kos sewa dan operasi dan ramai juga yang tidak mempunyai anggaran pembiayaan selama tiga bulan untuk menguruskan perniagaan.

Kami berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan namun, ia tidak mampu mengatasi masalah keperluan orang ramai,” katanya, petikan dari Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, beliau berpandangan gaji minima sepatutnya ditentukan berdasarkan lokasi geografi, di mana negeri-negeri yang kurang maju seperti Sabah dan Kelantan patut mempunyai gaji minima yang lebih rendah bagi mendorong majikan berpindah dan mewujudkan pekerjaan bagi penduduk tempatan di situ.

“Majikan memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk keadaan kembali stabil dengan lebih pasti sebelum mempertimbangkan bagi membincangkannya kerana ia bukan perkara yang mudah apabila melibatkan kos sara hidup,” katanya.

Sebelum ini, data dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan daripada 7.05 juta pekerja swasta di negara ini, 1.28 juta daripadanya menerima upah atau gaji kurang dari RM1,100 sebulan.

Malah, melalui Kajian Belanjawanku Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2019, dinyatakan bahawa gaji sesuai di Lembah Klang untuk bujang yang tidak berkenderaan adalah pada kadar RM1,870 sebulan, manakala RM5,730 bagi pasangan berkahwin dengan seorang anak.

Nilai itu lebih tinggi jika ingin dibandingkan dengan penetapan gaji minima sebanyak RM1,200 di wilayah bandar utama dan RM1,100 di kawasan selain wilayah bandar utama ketika ini.

 

Sumber: Utusan & KWSP.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…