Bantuan Khas Kewangan

Kerajaan Negeri bayar Bantuan Khas Kewangan RM1,200 bulan depan: Senarai mereka yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada setiap penerima yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan khas ini: –

Senarai Penerima yang Layak

Bantuan Khas Kewangan ini akan diberikan kepada semua kakitangan awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bantuan ini nanti melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM6.13 juta.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan khas ini, ia akan dilaksanakan pada bulan Disember 2022.

“Kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan dengan jayanya,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ketika membentangkan Bajet 2023 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk memberikan RM300 seorang kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.

Manakala, RM200 pula akan diberikan kepada guru Tahfiz, guru Pondok dan guru Tadika Islam negeri.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…