Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah dengan memperkenalkan Skim Mesra kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan di bawah skim ini: –
Bantuan RM150 & RM500
Terdapat dua jenis bantuan yang diperkenalkan di bawah Skim Mesra ini, iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).
Manfaat utama SMUE dan SMIS adalah baucar membeli belah sebanyak RM150 yang boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan harian.
Selain itu, kedua-dua bantuan ini juga membabitkan bantuan Khairat Kematian sebanyak RM500 kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan.
Syarat-syarat Kelayakan
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
- Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan;
- Sedang menetap di Negeri Selangor;
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Sedang menetap di Negeri Selangor;
- Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
- Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Skim Mesra ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Skim Mesra.
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat melalui Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor berdekatan.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini dan permohonannya, sila rujuk di Portal Rasmi Skim Mesra – DI SINI.