bantuan khas

Kerajaan Negeri setuju beri Bantuan Khas RM1,000: Tarikh pembayaran & senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 Negeri Selangor seperti mana yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas RM1,000

Ketika membentangkan Belanjawan 2024, Menteri Besar Selangor telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan ini akan diberikan kepada para kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Selangor dan akan dibayar pada 28 Disember nanti.

Dalam masa sama, kadar sama turut akan dihulurkan sekali lagi pada bulan Februari tahun hadapan (2024) sebagai persediaan untuk meringankan beban penjawat awam membuat persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada Mac.

Pada asasnya, bantuan ini adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang sudah pun dimulakan dibawah BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, bulan Mei lalu.

“Bagi BKK kali Kedua, insentif 1 bulan gaji minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember 2023.

“Bantuan Khas Kewangan kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024,” kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Cara Pembayaran

Berkenaan dengan cara pembayaran BKK ini, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima.

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Selangor turut meneruskan pemberian insentif Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi Selangor sebanyak RM1,000 kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) juga diteruskan kepada 30,000 keluarga dengan bantuan barangan asas sebanyak RM300 sebulan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Selangor, sila rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…