duit raya

Kerajaan Negeri setuju beri Duit Raya RM700 pada bulan ini: Berikut senarai mereka yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Duit Raya RM700

Pada Mac lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk memberikan duit raya (bantuan raya) sebanyak RM700 bagi tahun 2023.

Duit raya itu akan diberikan kepada semua penjawat awam dan lantikan politik di negeri berkenaan sebagai persediaan menyambut raya.

“Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa untuk Aidilfitri kali ini kita sediakan RM700 kepada semua penjawat awam, sama juga kita beri kepada lantikan politik sebagaimana amalan biasa,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kaedah Pembayaran

Berkenaan kaedah pembayaran, bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Insentif Khas Aidilfitri sebanyak RM200 hingga RM1,000 kepada mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan RM200 secara ‘one-off’ kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bertugas di negeri itu dengan berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Sumber: Astro Awani & Selangorkini.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…