rm500

Kerajaan Negeri setuju beri Sumbangan Tunai RM500 setiap seorang: Permohonan masih dibuka

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan.

Bantuan-bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada dari kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40). Ia termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan sumbangan tunai berjumlah RM500 oleh Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Program Iltizam Anak Selangor

Bagi yang belum mengetahui, Iltizam Anak Selangor adalah sebuah program di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang. Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Bagi setiap permohonan yang berjaya, bayi yang dilahirkan itu akan dibukakan akaun Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun dengan jumlah keseluruhan RM500.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Kriteria anak:
    • Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022;
    • Warganegara Malaysia;
    • Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir);
    • Sedang menetap di Negeri Selangor
  • Kriteria ibu/bapa/penjaga:
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun ke atas;
    • Sedang menetap di Negeri Selangor;
    • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Iltizam Anak Selangor ( www.anas.yawas.com.my)

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan sijil lahir anak
  • Salinan IC Ibu/ bapa/ penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak
  • Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  • Salinan Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat
  • Salinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat)

 

Dimaklumkan juga bahawa semua dokumen sokongan yang diperlukan perlu dimuatnaik secara atas talian di ruangan yang disediakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan atas talian dibuat.

Jika pemohon gagal untuk menghantar dokumen dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan digagalkan dengan serta-merta.

Pembukaan akaun Simpan SSPN Prime atau kemasukan deposit bagi akaun sedia akan dilaksanakan setelah permohonan Iltizam Anak Selangor diluluskan. Ibu/bapa/penjaga yang didaftarkan secara automatik akan menjadi pendeposit tetap bagi akaun Simpan SSPN Prime anak yang dibuka di bawah program ini.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Manakala, bagi anak yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime (tertakluk bagi pendeposit yang sama), wang akan dikreditkan ke dalam akaun tersebut setelah permohonan diluluskan. Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan memaklumkan kepada penerima atau endeposit setelah wang dikreditkan ke Simpan SSPN Prime anak melalui emel yang didaftarkan sewaktu permohonan dibuat.

Akan tetapi, wang tabungan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak boleh dikeluarkan sehingga anak berusia 18 tahun. Jumlah nilai wang yang dimasukkan adalah bernilai RM 100 setiap tahun untuk tempoh 5 tahun sahaja.

Untuk pengetahun semua, berikut adalah keistimewaan Simpan SSPN Prime:

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000
  • Perlindungan takaful percuma bagi simpanan RM 1,000 dan ke atas;
  • Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keuarga yang layak;
  • Layak memohon pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
  • Simpanan dijamin kerajaan;
  • Kadar dividen yang kompetitif.

Untuk mereka yang ingin mengemukakan permohonan dan hendak maklumat lebih lanjut berkenaan program ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Iltizam Anak Selangor – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…