bwi

Kerajaan setuju bayar BIW kepada lebih ramai mulai bulan depan: Ini senarai penerima setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bayaran Insentif Wilayah (BIW) yang akan diperluaskan oleh pihak Kerajaan kepada penerima yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bayaran insentif ini:-

Bayaran Insentif Wilayah (BIW)

Pihak Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memperluaskan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada pegawai serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perluasan pemberian ini akan berkuat kuasa 1 Julai depan dan akan memanfaatkan 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata – jumlah Bayaran Insentif Sabah Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) adalah rendah jika dibandingkan dengan kadar BIW.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kadar BIW

Pada asasnya, tujuan utama BIW adalah bagi menampung kos sara hidup yang tinggi serta sebagai galakan pegawai dari Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak dan sebaliknya. Secara lebih telitinya seperti berikut:

  • Pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan di Semenanjung;
  • Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak;
  • Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di negeri-negeri itu;
  • Pegawai di Sabah dan Sarawak yang bertugas di negeri masing-masing.

 

Bagi kadar BIW pula, ia diberi berdasarkan peratus yang ditetapkan mengikut lingkungan gaji:

  • Gaji RM951.35 – RM1,329.73:  22.5%
  • Gaji RM1,329.74 – RM2,015.73: 20%
  • Gaji RM2,015.74 – RM4,029.63: 17.5%
  • Gaji RM4,029.64 – RM6,289.13: 15%
  • Gaji RM6,289.14 ke atas:  12.5%

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan BIW ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – DI SINI.

Sumber: Berita Harian.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…