Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, pada Jumaat lalu.
Ini kerana, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM500 setiap bulan pada tahun hadapan (2023). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu:
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan BWE boleh dibuat dengan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika urusan permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Maklumat lengkap berkenaan inisiatif-inisiatif Bajet 2023 boleh dirujuk DI SINI, manakala tentang BWE pula DI SINI.