Kerajaan umum bantuan kewangan RM350/sebulan kepada yang layak: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bentuk bantuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Ketika pembentangan Bajet 2022, antaranya bantuan yang diumumkan adalah Bantuan Am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Inisiatif ini terbahagi kepada dua iaitu Bantuan Am Persekutuan dan Bantuan Am Negeri. Berikut adalah penjelasannya: –

Kadar Bantuan

Kedua-dua Bantuan Am ini pada asasnya adalah sebuah bantuan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan di dalam komuniti

Kadarnya pula adalah seperti berikut:

  • Minimum RM100/sebulan : Untuk seorang
  • Maksimum RM350/sebulan : Untuk sekeluarga

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan Am Negeri

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

Bantuan Am Persekutuan

  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan Am JKM boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga nanti akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan ini, sila rujuk di portal rasmi JKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…