Pembantu Landskap & Nurseri

Salloma Nursery & Landscape Sdn Bhd
RM1,200
- RM1,400 bulanan
Mohon Sebelum: 2021-02-28
Lot C-5042, Batu 5, Jalan Gambang,
Kuantan
, 25150

Kelayakan

  • Memiliki sekurangnya SPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Landskap, Pertanian, Florikultur atau yang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang arkitek landskap dan pertanian lebih digalakkan.
  • Boleh bekerja di bawah tekanan, tahan lasak dan dapat menyiapkan tugas pada waktunya.

Tanggungjawab

  • Mengambil bahagian secara aktif dalam perlaksanaan pelan projek seperti menggali, menanam dan membuat keputusan mengenai pembentukan landskap.
  • Membantu Pengurus Landskap dalam melakukan perancangan untuk projek-projek landskap dan memastikan projek disiapkan dalam waktu yang telah ditetapkan.
  • Melakukan penanaman pokok, rumput dan tumbuhan-tumbuhan di kawasan projek yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap di tapak projek yang telah ditetapkan.
  • Mengendalikan kenderaan dan peralatan berkuasa, seperti mesin pemotong rumput, gergaji rantai, mesin blower, gergaji pemangkas dan lain-lain.
  • Melakukan pembajaan tumbuhan mengikut standard dan kadar yang telah ditetapkan.
  • Membantu tugas-tugas tukang kebun, pembantu jualan dan melakukan kerja penyelengaraan dalam premis nurseri apabila tidak mempunyai tugas di luar.
  • Melakukan tugasan-tugasan sampingan apabila diarahkan oleh pihak atasan.

Manfaat

  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Peluang kenaikan pangkat

 

Kepada calon yang berkelayakan dan berminat: MOHON SEKARANG.

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

Pekerjaan Serupa

Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd
RM3,400
- RM5,000 bulanan
Mohon Sebelum: 2025-01-31
Genting Highlands
Resorts World Awana
NA
- NA bulanan
Mohon Sebelum: 2022-10-13
Petaling Jaya
Mitsubishi Elevator Malaysia Sdn Bhd
NA
- NA bulanan
Mohon Sebelum: 2022-10-20
Nippon Sushi (M) Sdn Bhd
RM1,700
- RM2,300 bulanan
Mohon Sebelum: 2022-09-30