Mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Excel dan Word.
Keutamaan individu yang berpengalaman dalam jawatan pengurusan restoran/cafe.
Keutamaan diberikan individu yang berpengalaman dalam jualan produk.
Boleh bekerja dibawah tekanan dan pengawasan minimum.
Mempunyai displin dan komitmen yang tinggi serta seorang pro aktif.
Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
Kemahiran kendiri yang bagus.
Skill Peribadi yang boleh dihormati pekerja bawahan dan pelanggan.
Sangat teratur, tersusun dan mementingkan kekemasan.
Tanggungjawab
Berbincang dengan chef untuk memilih menu yang bersesuaian yang diperlukan untuk pelanggan dan jumlah masakan yang mencukupi untuk pada satu-satu masa. Semua hidangan baru dalam berada dalam lingkungan kos yang menguntungkan dan menentukan harga hidangan tersebut.
Menghitung keperluan bekalan masakan yang mencukupi untuk menu harian yang telah di tetapkan .
Menduga tara jumlah bahan masakan dan minuman yang perlu untuk harian dan membuat pesanan yang awal pada pembekal.
Memeriksa bekalan yang dihantar oleh pembekal untuk kuantiti, kesegaran dan kualiti bahan bekalan.
Mengaturkan jadual baik-pulih dan penyenggaraan peralatan kafeteria. Hubungi segera kontraktor untuk baik pulih peralatan yang rosak.
Menyelia selia Dapur dan kawasan kaunter luar untuk menentukan penyediaan makanan dilakukan secara bersih, betul dan cukup kuantitinya.
Menentukan semua peralatan hidangan makanan seperti talam (tray) ,cawan ,pinggan dan sudu-garpu sentiasa mencukupi dan dalam keadaan bersih.
Menyelesaikan segala masalah dan rungutan pelanggan dengan cara professional. Menentukan prinsip dan polisi“Customers Always Right”.
Mengawal selia semua pekerja bawahannya menjalankan tugas dengan sempurna dan tingkah laku terhadap pelanggan mengikut prosidur yang ditentukan syarikat.
Menentukan kedatangan pekerja direkodkan dengan teratur dan serahkan rekod pada bahagian kewangan setiap hujung bulan. Semua kerja lebih masa perlu dicatitkan.
Memeriksa semua perkakas dapur digunakan untuk masak dan kebersihan kawasan dapur. Rekodkan segala pemeriksaan dalam borang yang sediakan.