Kes kekal tinggi, keadaan ekonomi terus tidak menentu: Semakin ramai M40 akan jadi B40

Keadaan negara yang masih belum pulih dari hambatan pandemik Covid-19 dan kadar kes yang masih kekal tinggi sehingga hari ini, berisiko membuatkan lebih ramai mereka yang tergolong dalam kumpulan M40 beralih ke B40.

Walaupun hal itu telah berlaku sebelum kemunculan Covid-19, tetapi penganalisis ekonomi berpandangan hal itu diburukkan lagi dengan kesan ketidakstabilan ekonomi, penurunan paras gaji, lonjakan kadar pengangguran dan langkah majikan mengecilkan kos operasi.

Memetik laporan Berita Harian, pengalisis ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata antara fenomena yang paling ditakuti pada saat ini adalah tentang kewujudan golongan ‘miskin baru’ akibat persekitaran semasa.

Hal itu baginya, perlu mendapat perhatian kerajaan kerana ia melibatkan pelbagai isu antaranya seperti pengurusan data yang berkemungkinan besar masih belum dikemas kini.

“Misalnya, golongan ‘miskin baharu’ ini tidak ada dalam data e-kasih, menyukarkan bantuan atau inisiatif untuk terus sampai kepada mereka. Bentuk bantuan ataupun intervensi dasar untuk golongan ini juga mungkin berbeza dengan golongan B40 yang sebelumnya.

Mereka mungkin tidak begitu memerlukan bantuan tunai secara ‘one-off’, tetapi bantuan peluang perniagaan dan kelonggaran untuk mengeluarkan simpanan atau bantuan moratorium kerana mungkin mempunyai beban pinjaman yang agak tinggi,” kaatanya, petikan dari Berita Harian.

Dalam masa sama, beliau juga mengungkapkan istilah ‘economic scarring’ bila mana isu sebegini tidak diatasi oleh pihak kerajaan dengan sebaiknya.

Tambahnya lagi, isu seperti pendapatan tidak sepadan dengan kelayakan dan gaji permulaan graduan yang semakin rendah adalah salah satu terjemahan terhadap ‘economic scarring’ berkenaan.

Turut berkongsi pandangan dalam isu sama, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia, Dr Muhammad Daaniyall tidak menolak dengan berlakunya peralihan golongan M40 ke B40, tetapi menjangkakan hal itu hanya bersifat jangka pendek sahaja.

Menurutnya, hal itu boleh berlaku kerana di masa krisis ekonomi – golongan yang terjejas akan mengubah gaya hidup dan corak perbelanjaan mereka seperti memilih barangan dengan tawaran harga lebih murah.

“Pengurangan pendapatan dan aktiviti ekonomi yang dihadkan akan memberi impak kepada pendapatan isi rumah. Namun, apabila ekonomi kembali pulih, corak perbelanjaan isi rumah juga akan bertambah baik selari dengan pendapatan mereka,” katanya, petikan dari laporan Berita Harian.

Pada Julai tahun lalu, Jabatan Perangkaan telah memperkenalkan pecahan kategori kumpulan isi rumah di mana isi rumah B40 adalah mereka yang berpendapatan di bawah RM2,500 dalam kategori B1, RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170 hingga RM3,969 dalam B3 dan RM3,970 hingga RM4,849 dalam B4.

Manakala bagi M40, M1 adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,850 hingga RM5,879; M2 untuk berpendapatan dari RM5,880 hingga RM7,099; M3 untuk RM7,110 hingga RM8,699; dan M4 pula berpendapatan antara RM8,700 hingga RM10,959.

Sumber: Berita Harian.

____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…