Kesan COVID-19 kepda pekerja dan majikan di Malaysia

PANDEMIK COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menjangkakan krisis COVID-19 akan meningkatkan kadar pengangguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

Sektor informal di negara-negara sedang membangun merupakan yang paling berisiko.
Menurut ILO, dalam 3.3 billion tenaga kerja di peringkat global, empat daripada lima orang pekerja terjejas akibat penutupan premis sama ada separa atau sepenuhnya.

Pada 9 April 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan hasil dapatan Survei Khas “Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Individu” – pusingan pertama yang telah dijalankan pada 23-31 Mac 2020.

Daripada 168,182 responden yang terlibat, 52.6% melaporkan sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang setakat ini telah meragut lebih 60 nyawa.
Pekerja dalam sektor perkhidmatan, khususnya perkhidmatan makanan dan minuman merekodkan kadar peratusan tertinggi bagi kehilangan pekerjaan (35.4%), diikuti sektor pertanian (21.9%) dan sektor pembinaan (11.8%).

“Organisasi perlu bangkit semula dengan kadar segera selepas pandemik ini berakhir”
– Penulis

Pada bulan Februari 2020, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) telah menganggarkan seramai 100,000 pekerja bakal diberhentikan, sekiranya penularan virus COVID-19 berlarutan sehingga penghujung tahun 2020.

Walau bagaimanapun, andaian tersebut disanggah oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana ia bersifat spekulatif dan tidak mengambilkira pelbagai insiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi melindungi kepentingan pekerja.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, kedua-dua pihak saling agresif mengeluarkan pelbagai kenyataan balas berkaitan isu pekerja yang memfokuskan kepada kepentingan majikan dan kebajikan pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…