KESEDAR buka pelbagai kekosongan jawatan terkini ~ Gaji dari RM1,300 hingga RM5,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENYELIA PERTANIAN
    • Gaji: RM1,500 – RM5,000
  2. PEMBANTU PENYELIA (LADANG)
    • Gaji: RM1,300 – RM4,000
  3. PEMBANTU PENYELIA (TERNAKAN)
    • Gaji: RM1,300 – RM4,000
  4. KERANI 
    • Gaji: RM1,300 – RM4,000

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganenara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 21 tahun dan tidak lebih 35 tahun dari tarikh iklan ditutup
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan jawatan adalah satu kelebihan.
  • Memiliki lesen memandu Kelas B2 dan D.

*Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume, gambar terbaharu berukuran pasport, salinan sijil/ ijazah dan dokumen berkaitan ke alamat:

PENGURUS
Kesedar Dagang Sdn. Bhd.
PT2977 Jalan Kesedar Jaya 4/1, Taman Kesedar Jaya, 18300 Gua Musang, Kelantan.
Tel: 09-9123378/ 09-9125788

Atau secara atas talian dengan e-mel ke alamat: [email protected].

Pemohon juga dikehendaki untuk melabelkan JAWATAN YANG DIPOHON dan NAMA pada tajuk e-mel. Contoh: KERANI ABU BAKAR.

Tarikh tutup permohonan pada 26 SEPTEMBER 2021. 

Iklan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…