Dalam usaha memberikan bantuan kepada golongan B40, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan yang antaranya termasuklah Skim Perlindungan Masyarakat mySalam (mySalam) melalui Tabung Amanah mySalam.
Di bawah skim ini, mereka yang layak dari kalangan B40 boleh menerima dua manfaat utama iaitu:
- Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal (senarai – DI SINI).
- Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
Syarat-syarat Kelayakan
Bantuan mySalam adalah terbuka kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan syarat-syarat berikut:
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Cara Menuntut mySalam
Bagi membuat tuntutan mySalam, ia boleh dibuat dengan kaedah-kaedah berikut mengikut jenis tuntutan yang dimohon:
Tuntutan Penyakit Kritikal
- Langkah 1: Layari portal mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritika
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Langkah 4: Log masuk ke portal mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktok
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan hospitalisasi
- Langkah 1: Layari portal mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Semakan Kelayakan
Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelayakan mySalam, ia boleh dibuat secara atas talian – DI SINI, dengan mengisi nombor Kad Pengenalan dan klik pada butang ‘Semak’.
Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan skim ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.