Khas untuk Bumiputera: Ini cara memohon sehingga RM10,000 di bawah PUTRA

Seperti yang semua sedia maklum, Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan usahawan berjaya, melahirkan modal insan global dan berintegriti serta menyumbang kepada pemilikan ekuiti.

Oleh hal demikian, MARA telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA). Tujuan utama program ini adalah:

  • Kemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakan;
  • Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan.

Skop Pembiayaan

Di bawah PUTRA, ia menawarkan skop pembiayaan bagi modal pusingan dan pembelian mesin / peralatan dengan had maksimum sebanyak RM10,000.

Tempoh pembiayaan program ini adalah selama 1 hingga 3 tahun atau 12 hingga 36 bulan bagi setiap permohonan yang diluluskan. Pembiayaan ini juga tidak memerlukan jaminan atau cagaran dan pemohon hanya perlu mengemukakan seorang penyokong (reference) di kalangan ahli keluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan Bumiputera;
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun;
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (Suruhanjaya Syarikat Malaysia – SSM);
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online);
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Perniagaan patuh Syariah;
  • Bebas dari senarai hitam MARA

 

Syarat-syarat Khusus

  • Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga bulan dengan perkembangan yang baik;
  • Pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa;
  • Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa),  senarai IPMa – DI SINI;
  • Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Pembiayaan MARA – DI SINI.

Untuk senarai semak dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ia boleh dilihat – DI SINI (PDF).

Manakala, maklumat lengkap dan terperinci berkenaan program pembiayaan ini pula boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…