Khas untuk ibu bapa B40: Ini cara memohon bantuan subsidi RM50 setiap bulan untuk tahun 2022

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan melalui pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Antaranya termasuklah Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran tadika anak-anak mereka.

Kepada yang layak, mereka akan menerima subsidi yuran tadika sebanyak RM50 setiap bulan. Bantuan ini disalurkan terus kepada tadika yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Berikut adalah maklumat lanjut bekenaan skim bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU
    • Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU
    • Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal;
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;
  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja;
  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;
  • Untuk anak yang belajar di tadika berdaftar sahaja (senarai tadika, rujuk – DI SINI).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan skim bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Selepas permohonan secara atas talian disempurnakan, pemohon perlu melampirkan dokumen-dokumen berikut:

  • Cetak Borang Permohonan
  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja (Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja (Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    • Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja)

 

Dokumen-dokumen ini kemudiannya hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke e-mel pendaftarantunas@gmail.com atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenan Skim Bantuan Tadika Selangor, sila rujuk di portal TUNAS atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…