Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, khususnya kepada golongan B40 – pelbagai jenis skim bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Salah satunya adalah melalui Skim mySalam iaitu sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Syarat-syarat Kelayakan mySalam
Untuk makluman, setiap penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang berumur sehingga 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam.
Namun, skim ini hanya khas dan khusus kepada golongan B40 sahaja, manakala peluasan bantuan ini kepada golongan M40 ditangguhkan buat masa ini.
Dalam masa sama, semakan kelayakan Skim mySalam juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi mySalam – DI SINI. Caranya adalah dengan mengisi nombor Kad Pengenalan (MyKad) di ruang yang disediakan.
Manfaat-manfaat mySalam
Bagi mereka yang berkelayakan, Skim mySalam menyediakan dua manfaat utama iaitu:
- Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus (one-off) apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal;
- Elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.
Cara Membuat Tuntutan
Tuntutan penyakit kritikal
- Langkah 1: Layari portal rasmi mySalam (DI SINI) dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritika
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan hospitalisasi
- Langkah 1: Layari portal rasmi mySalam (DI SINI) dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan mySalam, sila rujuk – DI SINI.