Kokosongan jawatan terkini dibuka di PERDA ~ Minima SPM, gaji dari RM1,352 hingga RM4,003

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19

  • Klasifikasi: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

 

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Perjawatan PERDA – DI SINI.

Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini, keputusan akan dimaklumkan melalui emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan bagi menghadiri temuduga.

Manakala, bagi permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 15 NOVEMBER 2021 (ISNIN).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…