Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia buka pengambilan baru: Pelbagai jawatan sedia dimohon

Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) ditubuhkan pada 13 Jun 1996 di bawah Akta Koperasi 1993. Antara visi dan misi utama koperasi ini adalah bagi meningkatkan taraf ekonomi ahli- ahlinya mengikut prinsip koperasi sebagai sebuah koperasi berdaya maju dan berdaya saing.

Selain itu, KKAIMB juga merupakan koperasi kredit yang memberikan pembiayaan kepada anggotanya dan menjalankan operasi Tabung Khairat Hutang (TKH) bagi melindungi pembiayaan mereka yang membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Sesuai dengan misi dan peranannya itu, kini KKAIMB telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah senarai jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Penolong Pengurus Undang-undang dan Hal Ehwal Lembaga
  2. Eksekutif (Dokumentasi dan Hal Ehwal Lembaga)
  3. Eksekutif (Akaun)
  4. Eksekutif (Pembiayaan)
  5. Eksekutif (Tabung Khairat Hutang)
  6. Pemandu dan Pembantu Am Pejabat
  7. Pembantu Eksekutif (Sumber Manusia)
  8. Penolong Pengurus Teknologi Maklumat
  9. Penolong Pengurus Akaun

 

Bagi kelayakan akademik untuk jawatan-jawatan yang ditawarkan, ia adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan. Terdapat juga jawatan yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di LAMAN INI dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama. Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di laman berkenaan sebelum boleh membuat permohonan jawatan.

Hanya calon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan saja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Alamat KKAIMB: Lot 2-3, 2-3A, 2-5 & 1, 5, Jalan Cempaka SD 12/1, Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…