Koperasi Kakitangan PETRONAS buka pengambilan baru: Tarikh tutup permohonan 30 April 2021

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dan menjadi salah sebuah koperasi terbaik di negara ini. Selain merima pelbagai pengiktirafan, ia juga terlibat dalam pelbagai bidang industri seperti makanan & minuman, pelancongan, minyak & gas, hartanah dan perhotelan.

Bermula dengan hanya lapan orang kakitangan, kini KOPETRO telah memiliki sekitar 600 orang tenaga kerja dan terus berkembang maju. Selaras dengan perkembangan itu, kini KOPETRO telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Tukang Masak (Kerteh)
  2. Eksekutif Jualan (Pengerang)
  3. Eksekutif Khidmat Pelanggan (Pengerang)
  4. Eksekutif Jualan (Kuala Lumpur)
  5. Eksekutif Khidmat Pelanggan (Kuantan)

 

Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan. Tawaran gaji permulaan pula adalah dari sekitar RM1,500 hingga RM2,499.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di portal MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama. Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan, sebelum permohonan boleh dikemukakan.

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 APRIL 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…