Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di Ko-Makmur adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan
Pelbagai jawatan dibuka untuk permohonan, antaranya:
- Eksekutif Operasi (Jualan)
- Gaji: Bermula RM1,500 (tidak termasuk komisen)
- Eksekutif Audit Dalaman
- Gaji: RM1,800 – RM2,800
- Pereka Grafik (Graphic Designer)
- Gaji: RM1,500 (boleh dirunding berdasarkan pengalaman)
- Videographer
- Gaji: RM1,500 (boleh dirunding berdasarkan pengalaman)
- Programmer
- Gaji: RM2,000 – RM2,499
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
Alamat koperasi
Makmur Gold Kuantan, B-24, Ground Floor, Jalan Tun Ismail 6, 2500 Kuantan, Pahang.
Manfaat
- Bonus tahunan.
- Komisen jualan dan kerja lebih masa.
- Caruman KWSP dan PERKESO.
- Peluang kenaikan gaji dan pangkat.
Cara memohon
Untuk maklumat iklan jawatan secara terperinci, ia boleh didapati di portal MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan klik ‘Mohon’ pada jawatan yang hendak dimohon. Dimaklumkan juga bahawa pemohon perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan sebelum boleh mengemukakan permohonan.
Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.
Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 01 JULAI 2021.