Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad buka kekosongan jawatan: Gaji RM1,300 ~ RM1,820

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Malaysia Berhad (NARSCO), iaitu sebuah institusi berkonsepkan idea RISDA kini telah membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di NARSCO adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  • Jawatan: Kerani
  • Gaji: RM1,300 – RM1,820
  • Peranan koperasi: Menjalankan perniagaan Input Pertanian seperti membekal baja, mengendalikan perladangan nanas, mengurus dan membekalkan peralatan, teknologi maklumat dan pelancongan.

 

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan sekurangnya pendidikan Menengah/SPM.

 

Deskripsi Tugas

  • Melaksanakan urusan merekod mendaftar masuk/keluar baja.
  • Kerja-kerja perkeranian/dokumentasi.
  • Menjaga stokis menerima arahan dari semasa ke semasa.
  • Membuat laporan.
  • Bertanggungjawab kepada stor sepenuhnya.
  • Sentiasa memaklumkan dan berhubung kepada pegawai atasan iaitu Pengurus Cawangan.

 

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) di laman sama, dengan klik pada jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, mengisi maklumat diri, akademik, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh mengemukan sebarang permohonan.

Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…