Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad buka pelbagai kekosongan terkini: Gaji RM1,200 – RM2,499

Khabar baik untuk yang sedang mencari pekerjaan, Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PutraKop) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan operasinya. Calon digalakkan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di PutraKop adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Empat kekosongan jawatan ditawarkan, iaitu:

  1. Penjaga Stor
    • Gaji: RM1200 – RM1499
  2. Pembantu Jualan
    • Gaji: RM1200 – RM1499,
  3. Pengurus Jualan & Pemasaran
    • Gaji: RM2000 – RM2499
  4. Pembantu Akaun
    • Gaji: RM2000 – RM2499

 

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Diploma/Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di portal MyFutureJobs, dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik ‘Mohon’ pada jawatan yang ingin dimohon. Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan.

Pemohon digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan. Pemohon juga disarankan untuk mengisi maklumat diri, pendidikan dan sebagainya dengan tepat di sistem berkenaan bagi memudahkan urusan permohonan.

Hanya pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 JUN 2021 (Jumaat).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…