Koperasi Tentera buka pengambilan baru: Minimum SPM dan Diploma layak memohon

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi Tentera telah ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai sebuah koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift and loan). Tujuannya adalah untuk menambah baik status sosio ekonomi dan kebajikan ahli Angkatan Tentera Malaysia.

Menjelang tahun 1975, Koperasi Tentera telah bertukar status sebagai koperasi serba guna dan mengorak langkah dalam bidang kuasa dan perniagaan yang lebih luas. Selaras perkembangan itu, kini Koperasi Tentera telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah jawatan yang ditawarkan:

  1. Kerani Gred 2 (Cawangan Tawau, Sabah)
  2. Kerani Gred 2 (Cawangan Kuching, Sarawak)
  3. Eksekutif – Ketua Cawangan (Wangsa Maju)

 

Kesemua jawatan yang ditawarkan adalah dengan taraf sepenuh masa dan kelayakan dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda mengikut syarat yang ditetapkan.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di pautan berikut (klik jawatan):

  1. Kerani Gred 2 (Cawangan Tawau, Sabah)
  2. Kerani Gred 2 (Cawangan Kuching, Sarawak)
  3. Eksekutif – Ketua Cawangan (Wangsa Maju)

 

Tempoh purata proses permohonan pula adalah selama 29 hari bergantung kepada keadaan.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…