e-dompet

Kredit e-Dompet RM300 dikreditkan setiap bulan untuk penerima B40: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk Kredit e-Dompet yang dikenali sebagai BINGKAS.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Kredit e-Dompet BINGKAS

Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri Selangor meneruskan pelaksanaan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Untuk makluman, bantuan dalam bentuk Kredit e-Dompet ini dimasukkan setiap bulan dengan kadar RM300 kepada mereka berkelayakan.

BINGKAS diperkenalkan bagi meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Untuk  yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Penerima BINGKAS yang layak dan telah menerima kredit e-Dompet RM300 kemudiannya boleh membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS.

Bagi tatacara lengkap cara menggunakannya, sila rujuk DI SINI.

Maklumat lebih lengkap BINGKAS boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian (online) boleh dikemukakan DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…