KUIS buka pengambilan jawatan kosong terkini: Gaji dari RM1,200 sehingga RM10,681

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F) 
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM3,414 – RM10,681
  2. PEMBANTU TADBIR (P/O) – N17
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak/Sambilan
    • Gaji: RM1,200 – RM3,375
  3. PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM1,200 – RM3,375
  4. PENOLONG JURUAUDIT – W27
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Gaji: RM1,367 – RM5,098

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Untuk senarai lengkap syarat-syarat kelayakan, boleh rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan jawatan (muat turun DI SINI) dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
  • Kad Pengenalan yang telah disahkan;
  • Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan);
  • Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan);
  • Sijil SPM, SRP/PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan);
  • Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan);
  • Sijil Kokurikulum;
  • Profil Peribadi/Resume

 

Dan dihantar ke alamat e-mel: [email protected]. Dimaklumkan juga bahawa borang yang dihantar secara hardcopy tidak akan diproses.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga secara atas talian.

Tarikh tutup permohonan pada 21 MAC 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…