Kumpulan Media Karangkraf buka pelbagai kekosongan jawatan: Senarai jawatan & cara memohon

Berita gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat penerbit, pencetak dan pengedar majalah, akhbar serta novel terbesar di Malaysia kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon digalakkan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di Kumpulan Media Karangkraf adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan:

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan Karangkraf:

  1. Motion Video Graphic
  2. Eksekutif Insfrastruktur
  3. Exec Videogpraher Editor
  4. Wartawan (Pendidikan)
  5. Pereka Grafik
  6. Video Editor
  7. Digital Marketing Executive
  8. Jurufoto
  9. Video Produser
  10. Advertising Executive

 

Penempatan:

Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, No. 1, Jalan Renggam 15/5, Off, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akademik dari Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan kelayakan setiap jawatan yang ditawarkan.
  • Berpengalaman sekurangnya satu ke dua tahun dalam bidang berkaitan mengikut ketetapan kelayakan setiap jawatan yang ditawarkan.
  • Berpersonaliti kemas, kreatif, boleh bekerja lebih masa, dalam tekanan dan bekerja dalam penyeliaan yang minima.

 

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di Kerjaya@Karangkraf. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) di laman sama, dengan klik pada jawatan yang hendak dimohon.

Bagaimanapun, permohon perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, mengisi maklumat diri, akademik, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh mengemukan sebarang permohonan. Pemohon juga diwajibkan mengisi maklumat yang tepat dan benar bagi memudahkan proses permohonan.

Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…