akaun 3

Akaun 3 KWSP: Ini pengiraan & jumlah minimum yang boleh dikeluarkan oleh semua pencarum

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini telah pun penstrukturan semula akaun-akaun bagi setiap pencarumnya. Oleh itu, setiap ahli KWSP yang berusia 55 tahun ke bawah nanti akan memiliki tiga bentuk akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

Berkenaan Akaun Persaraan, ia adalah Akaun 1 yang dinamakan semua dan mengekal objektif asalnya iaitu bagi mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan. Simpanan dalam akaun ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai usia 55 tahun.

Akan tetapi, ahli yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan dalam pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Akaun Sejahtera pula adalah Akaun 2 yang dinamakan semula. Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan. Simpanan di Akaun Sejahtera ini boleh dikeluarkan bagi tujuan-tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti berikut:

  • Perumahan;
  • Pendidikan;
  • Kesihatan;
  • Perlindungan Insurans;
  • Haji;
  • Umur 50 Tahun.

Manakala, bagi Akaun 3 atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel merupakan akaun yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. Simpanan Akaun 3 boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Namun begitu, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Pelaksanaan penstrukturan semula akaun-akaun ini akan bermula pada 11 Mei 2024 kepada semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun.

Akaun 3 KWSP

Berkenaan kaedah pengiraan akaun-akaun ini nanti, caruman baharu yang dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan akan diagihkan mengikut nisbah 75% untuk Akaun Persaraaan, 15% untuk Akaun Sejahtera dan 10% untuk Akaun Fleksibel.

Setelah penstrukturan semula akaun dilaksanakan, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Namun, Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar. Ini adalah contoh agihan caruman ke Akaun KWSP:

Bagaimanapun, mulai 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, setiap ahli berusia 55 tahun ke bawah diberi peluang sekali sahaja untuk membuat pilihan memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan. Akan tetapi, pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan diproses.

Jumlah amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel itu pula tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli, sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Sekiranya baki dalam Akaun Sejahtera RM3,000 dan ke atas, pemindahan akan dibuat seperti berikut:

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
  • Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan;
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.

Manakala, jika baki dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000, pemindahan akan dibuat seperti di bawah:

  • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
  • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

 

Kaedah pengagihan ini berbeza adalah kerana untuk membolehkan ahli yang mempunyai baki simpanan yang rendah untuk turut mempunyai jumlah permulaan yang bermakna dalam Akaun Fleksibel mereka.

Kemudiannya, pengeluaran dari Akaun Fleksibel ini boleh dibuat dengan amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50. Permohonannya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…