KWSP buka kekosongan jawatan terkini ~ Lulusan baru digalakkan memohon

Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di KWSP adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. Eksekutif, Perkhidmatan Penasihat Persaraan (RAS)
  2. Protégé KWSP (lulusan baru digalakkan memohon)

 

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan jawatan, calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Terbuka kepada lulusan baru sehingga yang memiliki pengalaman minima 2 tahun mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Untuk syarat-syarat kelayakan terperinci, KLIK SINI.

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan klik pada ‘Apply Now’.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…