Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pihak kerajaan telah pun membuat beberapa keputusan penting sebelum ini dengan membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
Dan buat kali yang terakhir, kerajaan sekali lagi memperkenalkan program sama dengan melancarkan Pengeluaran Khas KWSP sehingga RM10,000 kepada mereka yang layak.
Pada asasnya, pengeluaran khas ini terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap, serta mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Syarat-syarat amaun pula adalah seperti berikut:
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000;
- Amaun pengeluaran minimum adalah RM50;
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1;
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Permohonan & Semakan
Berkenaan dengan tarikh permohonan Pengeluaran Khas KWSP ini, kerajaan telah menetapkannya selama sebulan iaitu bermula pada 01 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Untuk mereka yang telah membuat permohonan, semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 09 April 2022 (Sabtu) melalui kaedah-kaedah berikut:
- Portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP
- Layari portal rasmi (DI SINI)
- Klik pada butang ‘Teruskan’
- Klik pada ‘Semak Status Permohonan’
- Isikan maklumat No Kad Pengenalan dan No telefon
- Status permohonan akan dinyatakan
- i-Akaun KWSP
- Layari laman i-Akaun KWSP (DI SINI)
- Log masuk di sistem berkenaan
- Klik pada menu ‘Pengeluaran’
- Klik pilihan ‘Sejarah Pengeluaran’
- Status pengeluaran akan dipaparkan
Bagi permohonan mereka yang diluluskan, pembayaran pengeluaran khas ini akan mula dilaksanakan pada 20 April 2022, secara satu bayaran sahaja – melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan.
Bagi maklumat terperinci berkenaan pengeluaran khas ini, sila rujuk – DI SINI.